Ini adalah 1 pengajaran untuk aku supaya lebih berhati-hati dalam melabur duit..hehe almaklumlah nak kaya cepat..inilah padahnya...
web http://www.mikadofx.com/ sudah pon hilang...yang hanya tinggal message seperti berikut :
Dengan dukacitanya pihak kami memohon maaf banyak-banyak kerana pool akaun forex mikadofx telah mengalami kerugian teruk dan tidak mampu lagi untuk bangkit semula kerana telah mengalami kerugian berganda. Perkara ini amat disesalkan dan lagi sekali memohon maaf kepada semua peserta yang terlibat. Tiada apa-apa lagi yang dapat kami lakukan hanya kekesalan dan maaf dipinta kepada semua.Yang mana melabur MIKADOFX sehingga 100 lot mesti berputih mata...huhu berbanding dengan aku hanya 2 lot kira selamat lagi hehe setiap kejadian,pasti ada hikmahnya...Wassalam =)
No comments:
Post a Comment