Saturday, 28 November 2009

Pembuka Kunci-kunci Rezeki Berdasarkan Kitab Al-Quran dan As-Sunnah

Paling kurang terdapat 10 Pembuka Kunci yang perlu di lakukan secara serius oleh setiap individu Mu’min yang berdasarkan panduanAl-Qur’an dan al-hadith sebagaimana yang tersebut dalam buku ‘Pembuka Kunci-kunci Rezeki Berdasarkan kitab Al-Qur’an dan As-Sunnah’ oleh Doktor Fadhl llaahi iaitu sebagai berikut:

1. Istighfar dan Taubat

i. Hendaklah dia menahan dari melakukan maksiat (tidak lagi mengulanginya lagi).

ii. Hendaklah dia menyesal terhadap ketelanjurannya.

iii. Hendaklah dia bercita-cita untuk tidak mengulanginya lagi.

iv. Hendaklah dia melepaskan hak tuannya. Hendaklah memulangkan semula harta kepada tuannya atau meminta maaf atau meminta kemaafannya.

Tanpa salah satu ciri-ciri ini, menurut para ulama’, maka taubatnya adalah tidak sah.

2. Taqwa.

Memelihara diri dari perkara yang mencetuskan dosa; dan yang demikian di peroleh dengan meninggalkan perkara yang haram. Manakala ketaqwaan itu dapat disempurnakan dengan meninggalkan sebahagian perkara yang harus (mubaah).”

3. Berserah kepada Allah.

Berserah itu tidaklah bermaksud meninggalkan usaha (bekerja keras); dan sungguhnya seseorang Islam perlu bekerja keras, bersungguh dan berusaha mencari sumber pendapatan. Akan tetapi janganlah pula berpegang kepada kerja keras, kesungguhan dan usaha semata-mata (tanpa memohon kepada Allah); malah hendaklah beri’tiqad (mempercayai) bahawa semua perkara itu adalah kepunyaan Allah; dan sesungguhnya segala rezeki itu adalah daripada Allah, Tuhan Yang Maha Tunggal sahaja (tiada lah tuhan yang lain selain Allah).

4. Bertumpu Ibadah kepada Allah.

Maksudnya bukanlah dengan cara meninggalkan usaha kehidupan dan duduk dalam masjid sewaktu malam dan siang, tetapi apa yang di kehendaki adalah menghadirkan hati dan tubuh di kala beribadah, terasa kusyu’ dan tunduk kepada Allah Yang Maha Tunggal, merasakan Kebesaran Allah Ta’aala dan merasakan bahawa dirinya sedang bermunajat dengan Tuhan maha Agung lagi Maha Berkuasa.

5. Susul-menyusul antara Haji dan Umrah.

Maksudnya hendaklah menjadikan salah satu antara keduanya ikut-mengikutkan, iaitu apabila kamu telah berhaji, maka hendaklah diikuti dengan umrah; dan apabila kamu telah ber‘umrah, maka hendaklah kamu berhaji; kerana keduanya saling ikut-mengikutkan (jika mampu).”

6. Menghubungi Keluarga

Kata silaturrohim (menghubungi keluarga) adalah menggambarkan berlaku baik kepada keluarga atau kerabat yang mempunyai pertalian keturunan dan sebab hubungan perkahwinan; juga menggambarkan hendaknya bersifat lemah-lembut dan bersimpati kepada mereka dan mengawasi keadaan-keadaan mereka.

7. Berbelanja Di Jalan Allah

Maksud berbelanja (disini) ialah : Berbelanja yang digalakkan dalam Agama seperti berbelanja kepada orang fakir dan berbelanja di jalan Allah untuk menolong Agama (Islam).

8. Berbelanja Kepada Penuntut Ilmu Islam.

Berbelanja kepada penuntut atau orang-orang yang menumpukan masanya untuk mencari ilmu Agama Islam (Syara’)

9. Membantu Orang Yang Lemah (Miskin).

Mencari keridhaan Allah dan Rasulnya dengan membantu dan menolong orang- orang fakir (iaitu amat miskin atau orang yang memperoleh pendapatan yang serba tidak mencukupi). Allah akan menolong bagi sesiapa yang berbuat demikian bagi menentang musuh-musuhnya (di kalangan orang-orang Kaafir) dan juga merezekikannya (sehingga mereka menjadi kaya).

10. Berhijrah Dijalan Allah.

Maksud hijrah sebagaimana kata Al-Imaam ar-Raaghib Al-Ashfahaani r.a. ialah “jalan keluar dari Negara kufur (syirik) ke Negara beriman (tauhid), sebagaimana perlakuan penghijrah dari kota Mekah ke kota Madinah.’Hijrah itu wajib – sebagaimana kata as-sayyid Muhammad Rasyiid Ridha: “Dimana kewujudan berhijrah di jalan Allah Ta’aala bagi menegakkan AgamaNya sebagaimana yang diwajib dan dikasihi Allah Ta’aala, di mana orang-orang Mu’min di kehendaki menolong orang-orang yang dizalimi orang-orang Kaafir.”

MEMBUKA 70 PINTU REZEKI

Di riwayatkan dalam salah satu hadis yang berbunyi :

Ertinya:

Barangsiapa membaca surah Yaa siin tujuh kali dan selalu di baca, maka Allah akan membuka tujuh puluh pintu rezeki.

Sebaiknya di baca bersama dengan surah Al-Fatihah tujuh kali surah Al-Waqiah sekali, surah al-Mulk sekali, surah Alam Nashroh sekali dan surah An Nashr sekali. Insya Allah akan tercapai apa yang diinginkan.

wirid memohon kekayaan

“YAA GHANIYYU YAA MUGHNII”

(WAHAI TUHAN YANG MAHA KAYA DAN YANG MEMBERI KEKAYAAN)


Untuk menjadi kaya, kita di wajipkan berusaha, usaha apa saja asal melalui jalan yang diredhai oleh Allah. Namun begitu, terdapat juga orang yang telah giat berusaha, namun usahanya itu sia-sia saja. Tidak menambah kebaikan dan kekayaan dalam hidupnya bahkan sebaliknya menambah kesengsaraan. Ini menunjukkan bahawa apa yang diusahakan itu kurang mengandungi berkah. Maka agar supaya usaha itu boleh berhasil, hendaklah memohon kepada Allah kerana Allah sahaja yang Maha Kaya, sehingga hanya Dia yang dapat dan berhak memberi kekayaan kepada seluruh hamba – Nya. Salah satu cara adalah dengan mengamalkan petunjuk di bawah ini:

1. Melakukan solat hajat dua raka’at setiap malam sekitar jam 1.00p.m. ke atas. Lakukan dengan penuh kekhusyu’kan.

2. Selesai solat hajat lalu membaca wirid Al-Asmaul Husna di bawah ini sebanyak 1000 kali. Insya’Allah, Tuhan segera mengabulkan hajatnya dengan berbagai jalan yang tak disangka-sangka dan mudah dilakukan.

Inilah wirid Al Asmaul Husna yang dibaca:

“YAA GHANIYYU YAA MUGHNII” x 1000.

( Wahai Tuhan Yang Maha Kaya dan Yang Maha Memberi Kekayaan )

Cuba amalkan secara rutin tiap malam, maka apa yang telah diusahakan selama ini akan menjadi lebih maju dan memberi keuntungan yang banyak. Insya’Allah…!

khasiat surah Al-Waqi'ah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya

Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

Friday, 6 November 2009

Aku bagaikan....

Aku bagaikan seekor beluncas..
yang sedang berjuang untuk hidup...
Seekor beluncas yang cuba mencari jalan untuk mencari pengalaman hidup...
seekor beluncas yang cuba mengelakkan diri daripada terjatuh ditangan musuh...
agar aku boleh terus hidup...
dan boleh..
menjadi kepompong...sebagai langkah seterusnya..
Apabila aku telah menjadi kempompong...
Aku hanya menunggu..
di dalam kempompong yang memproses aku...
sama-ada aku hidup atau mati..
aku hanya dapat berserah sahaja...
Semasa di dalam kempompong yang gelap-gelita itu...
aku hanya banyak berfikir...
dan terus berfikir...
Jika aku menjadi seekor kupu-kupu yang bercorak cantik...
pasti aku seorang yang berjaya...
dan..
Jika aku menjadi seekor kupu yang hodoh...
pasti aku seorang yang gagal..
Maka..aku cuba..untuk..
membentukkan diri aku supaya menjadi sekor kupu-kupu yang cantik..
agar aku boleh terbang dengan bangga..
untuk mencari ilmu dunia yang luas ini...
Aku tidak boleh menjadi seekor kupu-kupu yang hodoh..
yang gagal untuk membentuk diriku ini..
Aku mahu berjaya!!!!!!
dengan itu..aku akan terus berusaha...
dan terus berusaha...
untuk berjaya demi masa depan...!!!

Sunday, 27 September 2009

peribahasa dalam bahasa Jepun

"Korobanu-saki-no-tsue" maksud "sediakan payung sebelum hujan"

SERIUS KE SI DIA DENGAN KITA??

Memulakan perhubungan:
Adakah dia serius mengenai saya?


Tak semua lelaki tu sama. Mereka mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan perasaan mereka. Apabila seorang lelaki itu serius terhadap kamu, dia mungkin mahu mempunyai hubungan yang serius. Apabila ini berlaku, sesetengah lelaki mungkin mengajak kamu untuk berbincang. Untuk lelaki yang lain, mereka mungkin tak mahu berlakunya perubahan drastik terhadap apa yang dah kamu kongsi bersama, dan pada masa yang sama dia dah mula menganggap yang dia serius dengan kamu. Memang tak ada peraturan sebenar mengenai bagaimana untuk memulakan perhubungan, tetapi kamu berdua mungkin mula masuk ke tahap yang lebih serius apabila:
• Kamu menjadi lebih eksklusif. Kamu berhenti keluar dengan lelaki lain dan dia pun tidak menghiraukan gadis lain. Kamu saling keluar dan menikmati waktu bersama.
• Kamu saling bercakap telefon pada penghujung hari hanya untuk bertanyakan khabar. Ini satu perbuatan matang dan cara untuk menunjukkan yang kamu ambil berat terhadapnya.
• Kamu saling mendengar. Kamu mungkin tak setuju antara satu sama lain tapi sekurang-kurangnya kamu mendengar celotehnya.
• Kamu mula mengingati tarikh-tarikh istimewa dan mula menyambutnya. Contohnya sambutan hari pertama kamu berjumpa, atau dengan memberi hadiah semasa hari lahir.
• Kamu mula menghormati keputusan dan perancangan satu sama lain. Ini merupakan salah satu langkah untuk kamu mula serius. Apabila seseorang itu berkata “tidak”, pasangannya akan mula mendapat mesej dan menghormati keputusan itu. Tak ada lagi perbalahan remeh seperti mana nak makan, filem apa nak tengok dan macam-macam lagilah. Bila kamu serius mengenai perhubungan, kamu berusaha untuk membuatkan ia berjaya.
• Berjumpa dengan ibu bapa. Si dia dah mula bawa kamu pulang ke rumah untuk berjumpa ayah dan ibunya. Dia juga mungkin mengajak kamu untuk turut serta dalam keraian yang hanya melibatkan keluarga dan rakan terdekat sahaja.
• Jumpa dengan gengnya. Seorang lelaki paling selesa bila dia bersama teman-temannya. Ini merupakan tanda baik untuk menunjukkan yang dia dah mula selesa denganmu. Satu cara yang baik juga untuk mengetahui sama ada kamu serasi bersama.

CINTA VS NAFSU

Cinta VS Nafsu

Apakah perbezaan antara cinta dan nafsu?
Tubuh kita kadangkala boleh menipu kita, menyebabkan kita rasa seolah-olah kita jatuh cinta dengan seseorang itu, walau yang sebenarnya kita cuma meminati si dia.
Apabila kita mula “jatuh cinta”, kita rasakan ia seperti cinta sebenar. Cinta memberikan maksud yang lebih mendalam yang biasanya datang dengan perhubungan lebih matang. Memanglah ada kes macam cinta romantik di mana tarikan fizikal berada di kemuncak. Kamu dan pasangan semakin gemar bersentuhan fizikal dan mula bereksperimen dan menjadi lebih ingin tahu mengenai seks. Hormon seks dan kimia dalam otak yang membuatkan kamu rasa begini. Bila ia berlaku, kamu mula merasa dorongan seksual dan mula menjadi obsesi dengan pasangan kamu.
Waktu inilah nafsu mula terasa. Kamu bernafsu bila kamu mula memikirkan untuk terlibat secara seksual dengan seorang yang lain. Nafsu memfokuskan terhadap fizikal dan seks, tidak seperti cinta di mana ia memerlukan komitmen dan keserasian yang mendalam. Apabila nafsu berkurangan, saat inilah ujian cinta sebenar akan bermula. Jika kamu menyayangi seseorang itu, tiada sebab kenapa kamu perlu terburu-buru terlibat secara seksual dengannya.

Cinta: Sains dan Tanda-tanda

Bila kamu tertarik pada seseorang, kamu mula menunjukkan tanda-tanda yang kamu menyukainya. Ini bermakna terdapat sesuatu pada dirinya yang berjaya menarik perhatian kamu, seperti lirikan matanya atau senyumannya yang menggoda. Kamu juga mungkin menyukai seseorang yang lebih tua atau muda berbanding kamu. Tidak mengapa. Semua orang melalui perasaan menyukai seseorang dan disukai semula.
Jatuh Cinta Sebenarnya Tindak Balas Kimia
Tergila-gilakan seseorang biasanya berhubung kait dengan cinta romantik. Inilah jenis cinta yang membuatkan kamu menulis puisi cinta dan melakukan benda-benda bodoh seperti berjaga sepanjang malam mendengar lagu-lagu cinta. Perasaan dan emosi ketika ini sangatlah nikmat sehinggakan kamu merasakan seperti “jatuh cinta”.

Apabila kamu mula “jatuh cinta”, kamu biasanya mula tergila-gilakan si dia. Masa inilah, kamu mungkin berasa yang kamu boleh lakukan apa saja untuk si dia. Kamu mahu perasaan ini kekal selamanya dan kamu memang percaya yang ia akan kekal.
Perasaan diawang-awangan yang kamu alami ini boleh dijelaskan dengan bahan kimia yang dibebaskan oleh otak. Oh, mungkin bunyinya tak begitu romantik tapi yang sebenarnya otak kamulah yang menjadi pusat perasaan dan emosi kamu, bukannya hati. Otak tu nampak macam tak berapa menarik. Yelah, rupanya pun macam kobis bunga kering berwarna kelabu yang terapung-apung dalam kepala kamu. Cuba fikir. Walaupun ia tak secantik hati merah yang berdegup, otak kamu sebenarnya menghantar signal ke badan kamu membuatkan kamu merasa perasaan teruja dan pahit manis dilambung cinta.
Bahan kimia dalam otak boleh menerangkan perlakuan kita sebaik sahaja kita jatuh cinta. Bahan kimia ini bergerak ke bahagian-bahagian otak yang berkait dengan emosi dan memori kita:
• Dopamin kata saya gilakan kamu Dalam tempoh beberapa bulan pertama kamu tertarik pada seseorang, satu bahagian otak kamu membebaskan bahan kimia ini. Sejumlah kecil bahan kimia ini akan memberikan kamu perasaan di awang-awangan ketika dilamun cinta. Ia mungkin boleh menyebabkan kamu berjaga sepanjang malam memikirkan perkara-perkara romantik. Dengan dopamin, kamu pun mula rasa tak berselera. Kamu ponteng makan, rasa lapar tapi kamu tetap gembira dan sedikit gila walaupun perut kosong. Dopamin juga membuatkan kamu rasa bertenaga, dan boleh buat apa saja. Ia memang satu bahan kimia yang menakjubkan. Ia membuktikan perkataan seperti “asyik bercinta” memang wujud.

• Serotonin kata saya terlalu menggilai kamu Tahap rendah bahan kimia ini dalam otak merupakan sebab kenapa kamu terlalu memikirkan seseorang itu apabila kamu bercinta. Tahap serotonin yang rendah boleh membuatkan kamu asyik terfikir mengenainya. Seperti mengekorinya ke perpustakaan tanpa pengetahuan, mungkin merupakan aktiviti harian kamu. Pada kamu, kamu berkelakukan macam biasa kerana tahap serotonin yang rendah yang menguasai tindakan kamu. Bila kamu beritahu rakan yang kamu asyik teringatkan dia 24 jam, sebenarnya itulah tahap rendah serotonin yang menguasai kamu.

• Oksitosin kata saya akan kekal dengan kamu Sekarang kamu mungkin dah pun berada dalam hubungan sebenar dan semakin cinta kamu berkembang, kamu mula berfikir yang kamu tak dapat nak bayangkan kehidupan tanpa si dia. Kamu semakin terikat dengannya. Ke mana saja dia pergi, kamu pun ada. Masa inilah bahan kimia oksitosin bertindak. Ia merupakan kimia yang dibebaskan oleh otak di mana tahap gila bayang kamu semakin berkurang dan kamu mula menjalin hubungan yang serius.

Tanda-tanda yang kamu dah mula gila bayang:
• Kamu mula teringat pada si dia lebih kerap daripada biasa. Seolah-olah gambaran wajahnya melekat pada minda kamu.
• Tidur kamu jadi tak lena. Dialah orang terakhir dalam fikiran kamu dan orang pertama yang menjelma dalam kotak fikiranmu, bila kamu bangun tidur.
• Selera makan kamu tiba-tiba berkurangan. Makanan kegemaran kamu pun jadi tak sedap.
• Kamu selalu teruja nak berjumpa dengannya. Bila fikir mengenainya saja dah cukup untuk buat kamu rasa gembira dan cukup bertenaga.
• Kamu mula mengekorinya, menyimpan jadual waktunya dan mula mendapatkan nombor telefon si dia… semua secara rahsia.
• Tiba-tiba saja kamu jadi pakar dalam puisi cinta dan lagu cinta. Kamu mula menyukai filem romantik walaupun selama ini filem sainslah satu-satunya fiksyen yang kamu tonton seumur hidup.

Adakah dia tertarik pada saya? Berikut beberapa tanda yang mungkin menandakan dia perasan kehadiran kamu:
• Dia memulakan perbualan. Seorang lelaki mungkin tunjukkan yang dia menyukai kamu dengan memulakan perbualan. Dia mungkin menunjukkan minat mendalam dengan bertanya macam mana hari kamu dan bertanya pendapat kamu mengenai sesuatu perkata.
• Dia mula meluangkan lebih masa dengan kamu. Dia mula mengajak kamu untuk minum kopi atau makan tengahari. Kamu akan tahu yang hubungan kamu mula berputik bila dia makin kerap mengajak kamu.
• Dia berkongsi rahsia dengan kamu. Ramai lelaki yang tak suka bercakap mengenai diri mereka. Jadi bila dia dah mula kongsi perasaanya, atau bawa kamu ke tempat-tempat sunyi yang biasa dia pergi seorang diri, ini mungkin bermakna yang dia sukakan kamu.
• Dia mula menjadi seorang ‘gentleman’ dengan membawa buku kamu dan menarik kerusi kamu. Ia mungkin bermula dengan benda-benda ringkas yang mudah. Sekiranya kamu memang tak menjangkakan benda-benda begini dan ia lebih kerap berlaku, kemungkinan besar si dia menyukai kamu.
• Kamu mula terserempak dengannya di tempat yang kamu tak sangkakan. Tiba-tiba je dia pun turut serta dalam kelas yoga kamu walaupun sebelum ni dia tak pernah menyukai yoga.
• Hmm yang peliknya dia mula mengelak untuk berjumpa kamu. Sesetengah lelaki memang pemalu. Bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk mereka kelihatan seperti tak menyukai kamu tapi yang sebenarnya si dia tengah berdebar-debar. Lelaki pun kadangkala takutkan perasaan mereka. Jadi, janganlah kecewa bila ia terjadi. Ia mungkin akan ambil masa untuk si dia menyedari perasaannya terhadapmu.

Cinta pandang pertama. Wujud ke?

Cinta pandang pertama mungkin berlaku terhadap sesetengah orang. Ia mungkin tarikan serta-merta yang dirasai sebaik sahaja seseorang itu terlihatkan orang yang lain. Ia juga mungkin berlaku beberapa kali dalam hidup. Walau bagaimanapun, hanya beberapa tarikan serta-merta ini berkembang menjadi hubungan percintaan. Ada yang akan jatuh cinta apabila orang yang mereka temui itu kelihatan seperti selebriti yang mereka minati. Personaliti atau bakat seseorang juga boleh menjadi tarikan kali pertama mereka berjumpa. Namun begitu, kamu patut tahu yang mencintai seseorang itu tidak bermula pada pertama kalinya. Mungkin ia akan nampak begitu kerana tubuh dan otak kita bertindak balas terhadap perjumpaan pertama tersebut. Bahagian awal tarikan mungkin merupakan kegilaan dan bukannya cinta. Apabila kamu semakin matang dan mula berada dalam perhubungan, kamu mula sedar yang cinta hadir dengan komunikasi yang bagus dan tanggungjawab yang besar. Jadi nikmatilah kehidupan dan cuba untuk belajar satu benda pada satu masa. Belajar dari ibu bapa ataupun rakan kamu. Pengalaman mereka boleh mengajar kamu pelbagai benda mengenai perhubungan.

Wanita

Siti Nurhaliza - Wanita lyrics

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang Maha Kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

[Chorus:]
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

(Ulang Chorus)

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Haaaa...

Ku wanita...
Haaaa...
Ku wanita...
Yang hanya perlu kau fahami

(Ulang Chorus)2x

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Wanita... ooo...
Ku wanita... hoouuu...
Wanita...



Lyrics | Siti Nurhaliza lyrics - Wanita lyrics