Tuesday, 18 March 2014

MIKADOFX PENIPU!

Assalammualaikum, hari ini saya telah mngalami kerugian dalam melabur saham MIKADOFX ... Namun begitu saya tetap bersyukur kerana saya baru sahaja join dalam pelaburan ini. Selamatlah saya beli 2 Lot bersamaan RM74 ...  1 Lot = RM37. Sebab tu jika kita nak join sesuatu pelaburan dalam internet, memang berisiko besar bila-bila masa sahaja dia akan telan duit kita. Nak try tak apa, tapi jangan terus beli banyak..sikit-sikit sahaja =)
Ini adalah 1 pengajaran untuk aku supaya lebih berhati-hati dalam melabur duit..hehe almaklumlah nak kaya cepat..inilah padahnya...
web http://www.mikadofx.com/ sudah pon hilang...yang hanya tinggal message seperti berikut :
Dengan dukacitanya pihak kami memohon maaf banyak-banyak kerana pool akaun forex mikadofx telah mengalami kerugian teruk dan tidak mampu lagi untuk bangkit semula kerana telah mengalami kerugian berganda. Perkara ini amat disesalkan dan lagi sekali memohon maaf kepada semua peserta yang terlibat. Tiada apa-apa lagi yang dapat kami lakukan hanya kekesalan dan maaf dipinta kepada semua.
Yang mana melabur MIKADOFX sehingga 100 lot mesti berputih mata...huhu berbanding dengan aku hanya 2 lot kira selamat lagi hehe setiap kejadian,pasti ada hikmahnya...Wassalam =)

Sunday, 16 March 2014

KOLEKSI DOA-DOA MURAH REZEKI

Assalammualaikum,disini saya nak berkongsi doa-doa yang perlu kita amalkan untuk mohon daripada Allah S.W.T supaya kita dimurahkan rezeki. Selain doa-doa di bawah ini, kita boleh amalkan surah Al-Waqiah iaitu Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
 .
2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malammaka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
 .
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”






Wednesday, 12 March 2014

#PRAYFORMH370

1 Dunia Mendoakan semuanya selamat,hari ini sudah masuk 5 hari MH370 hilang,
hanya DOA untuk meminta pertolongan daripada Allah S.W.T agar segala persoalan tentang kehilangan pesawat terjawab...Amin~




Hasil kerja minggu lepas =)

Buat dekat Dewan Kampung Melayu

di Taman Puteri

buat meja makna pengantin kat Yap Tau Sah

Buat dekat Kampung Melayu

Tuesday, 4 March 2014

KAWAN VS SAHABAT

Orang kata kawan dan sahabat adalah dua perkara yang berbeza. Kawan senang dicari tetapi tidak sahabat. Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang kita suka dan memiliki seberapa ramai kawan yang kita mahu.
Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja. Sahabat lebih akrab hubungannya. Susah senang segalanya boleh dikongsi bersama. Dan kerana itulah kita sering mendengar kata-kata seperti ini; “waktu kita senang, ramai kawan yang menghampiri, tetapi waktu kita susah ramai kawan yang lari’. dan “kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah dicari”
Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu.
Sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R. Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya ; “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut : 
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.